Raya Part 1

 Selamat Hari Raya Guyys!
menarik huh.
dah raya dah kan.
pejam celik, pejam celik dah raya.
alhamdulilah. masih lagi bernyawa ak dalam syawal tahun ni.
syawal tahun depan, ta tahu lagi.
apa pon, syawal tahun ni sangat seronok.
beraya dirumah baru atok.
eventho bukan kayu, tapi bolee la.
*rumah kayu lagi best sebenarnye! nmpk suasana kampung kann.
anyway,
kitorang balik kampung awal sehari.
dapat laa tolong atok buat preperation untuk raya.
buat ketupat, masak rendang, lodeh la bagai.
macam macam menu untuk pagi raya.
ayah anyam ketupat. terer dy anyam!
ak na la jugak belajar anyam sebenarnye.
tapi step 1 ngan 2 je dapat,
yang lain, hampeh =.=""
tapi tak apa. cuba lagi tahun depan. hehe :P

Malam raya, pak anjang and family sampai.
memang seronok!
gamat rumah tu.
tu baru 3 family yg ada.
bukan main beriya masing masing main mercun.
dari yang besar, smpai la kecik.
ayah yang sponsor.
almost 5hundreds ayah habiskan beli mercon.
haish!
membazir =.="
saja na happy kan anak anak katanya.
bahaya adalah.
tapi, boleh tahan laa. happy! hehe :)
budak budak ni main mercon bukan reti ikot peraturan,
suka main dengan cara yang mengarut.
haish!

this is my dad. mr. mokhtar. :) and there is mak long and her son; irfan hamzah.

menuggu giliran na amek mercon. cam na dapat zakat. hehe :D

golongan budak budak bermain mercun. santai sahaja.

ini pula golongan ekstrimis. haha! main mercon macam p berperang.
malam tu sempat juga pasang pelita keliling rumah.
saja na tambah meriah.

raya pertama ;
macam biasa. pagi raya lepas sembahyang raya, sesi bermaaf maafan.
tekad sebenarnya tanak nanges tahun ni, tapi.... banjir jugak! hehe

after that,
makan!!
huuui. part ni memang seronok. makan ta igt dunia.
macam macam laok ada.
kuah lodeh, rendang, ketupat, kari ayam, soto pon ada.
terbaik lah! terima kasih semua tukang masak. :)

ni antara lauk yg ada. *tangan siapa la pulak tu. dah macam hantu curi makan. =.="


Afterwards, kami pun berkonvoi kebeberapa rumah yang lain.
memang gamat!
rumah tok cu, rumah tok gemok, rumah mak kepada mak itam, rumah tok iyang.
* iyang =moyang
hah.
ni rumah wajib p tiap tahun.
ziarah golongan tua.
rumah tok iyang paling best.
aku suka pergi rumah dia.
sebab rumah kayu. haha :D
 ni la gambar hari tu.
this is my tok iyang.

raya ke2.
notink much. pergi ke beberapa rumah.
terus beraya.
my mom and my brother.
apalaa cousin ak sorang nih. korek lombong pulak dia. haha !
seronok beraya dengan sepupu sepapat nih.
gelak jaa.
lagi lagi mana yang batch batch yg sama. memang sekepala. :D

raya ke3,
kami pulang balik ke jb.
beraya dengan orang jb pulak!
haa. ada laa satu kes ni.
rupa rupanya dah dalam 5 hari kitorang balik kampung,
rumah kat jb ta kunci!
nasib baik tade pape yg hilang. alhamdulilah.
Allah lindungi harta harta semua.
punya laa excited na balik beraya kann.
haish!
this is pic at jb.
this is our theme colour. sama dengan tahun lepas. cuma baju perempuan jaa tukar. lelaki remain da same. kesiaann. hehe :P


thats it for part 1.
i dont know if i have part 2,3 and so forth. hehe;P
but then,
that the only i can share for now on.

selamat hari raya!!
Posted on by Ami Mia | 1 comment

Selamat Hari Raya !

 Wow!!
its gonna be haru raya soon.
seronok kann bile tiba time raya.
time ni laa na jumpa sanak saudara yg dah lama ta jumpa.
mak long, pak long, pak ngah, mak ngah dan segala jenis gelaran lagi.
ta lupa jugak, time ni lah na jumpa cousin cousin yg dah lama ta nampak.
ramai orang bandar berpusu pusu cari kampung.
na balik.

time ni lah kampung jadi sesak.
na p pasar pon kene awal pagi kalau ta, dah tade laok.
seronok penjual penjual kat pasar kampung sana.
tapi,
pada ak yang dah umur 20 ni,
raya membawa erti dan perspektif yang berbeza.
kalau dulu,
time kecik kecik umur 7,8 tahun,
time raya memang seronok gile!
collect duit raya macam buat niaga.
sehari boleh dapat berpuluh.
kalau rajin berjalan, dapat laa sampai ratus.
p beraya, bukan na apa sangat.
na duit raya je lebih.
"assalamualaikum!! mak cik. kami na beraya !"
"na duit ke, na makan kuih?"
"eerr, na duit mak cik.. hee "

haha!
tu laa dialog masa budak budak.
seronok.
tapi, bila dah besar ni,
seronok lain pulak. beraya sebab na jumpa member member lama yg dah bertahun ta jumpa.
na mintak maaf sesama sendiri.
gamat bila dah jumpa 'kerabat' sendiri.
macam macam cerita keluar.

tu laa cerita raya bagi orang 'biasa'
macam mana pulak bagi orang yg 'luar biasa'??
haa. tu yang kita ta tahu.
aku selalu terpikir dan berfikir.
dalam pada kita seronok na menyabut bulan syawal yang mulia ni,
dalam pada masing masing ghairah mencari bermacam macam barang yg baru,
terlintas dalam benak fikiran,
'macam mana laa mereka mereka yg ta berkemampuan na sambut syawal'
selalu ak terfikir soalan tu.
kalau kita cari baju dalam kedai PDI,
mereka cari baju dekat mana?
kalau kita cari kasut dalam butik clarks,
mereka pakai kasut apa?
kalau kita cari tudung dekat jalan TAR,
tudung apa yg mereka pakai di pagi syawal?
semalam,
ak lalu dekat sebuah jalan.
one way untuk ke kempas.
tiba-tiba ak ternampak seorang mak cik dengan anak dia.
duduk dibawah jambatan.
jelas dan nyata mak cik tersebut orang melayu dan beragama islam.
anak masih kecil dipangkuan.
menangis mungkin.
kasihan..

macam mana laa dia na sambut raya.
jangan kata sambut raya, na makan berbuka apa pon tak tahu lagi.
sedih.

macam mana pulak dengan 'luar biasa' yang satu ni,
mak bapak atau ayah ibu atau mama papa atau apa apa lah gelaran.
sekarang ramai anak anak yg dah ta mengaku mereka dilahirkan.
haa.
sekarang ni memang ramai yang macam tu.
ta payah tengok jauh.
berapa ramai orang tua yang duduk dekat rumah rumah orang tua ?
berapa ramai orang tua yg ta beraya dengan anak anak?
di tinggalnya mak bapak dekat rumah rumah org tua.
kesian org tua tuu.
ta dapat bayangkan macam mana diorang ni boleh terpikir na buat macam tu.
orang yg tade mak bapak, punye laa bersedih beraya tanpa mak bapak,
yg ada mak bapak biarkan pulak mak bapak terbiar.
macam macam.
nauzubillah. mintak dijauhkan dari semua tu. amiin.

kalau na cerita pasal raya,
memang macam macam.
bak kata jalil hamid,
'kalau sebut pasal raya, semua igt hari raya,tapi jangan pula kita lupa,
ada seribu satu kata berkait dengan raya selain hari raya'
tu laa dia. bila sebut pasal raya, mmg macam macam benda yang berkait dengan raya na diceritakan.
tp, tu jaa yang ak dapat simpulkan dan ada dalam kepala sekarang.

soo,
dalam kesempatan yg ada, aku na ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.
terutama kepada semua foolowers ak,
yg official dan unofficial. hehe :P
to all my frens,
kawan UMP, kawan matrik, kawan skola,
*na sebut nama sorang sorang memang ta larat.
and most important,
to all my family, ayah ibu , adik adik.
p/s ; dah macam ucapan kat radio lah pulak =.=""
lastly, to all drivers or yg bukan driver ponn, tlgg lah bawak kenderaan anda dengan cermat.
ingatlah orang yg tersayang.
kalau mak bapak tuu,
igtlah anak anak,
kalau yg anak anak, igtlah mak bapak.
i reminde u guyys and as well as for me.
semoga perjalan kita dilindungi dari yang esa. amiin :)

SELAMAT HARI RAYA!!


 
sincerely with ♥
ami mia
Posted on by Ami Mia | No comments

key ell !

oke,
this entry suppose to be early, but then i've no time to updating this blog,
so its a bit late lah.
anyway,
great!!
5 days babe jadi orang kl.
haha.
on 26 Ogos we're taking the bus to kl.
6 of us.
ak, amny, ziera,hieda, nadia, alya
in 5 days, we never stay at home in a day.
haha!
*except for one day to rest. hee:P
but then, nadia do not join us in that 5 days cause she had her own things to do.
its oke babe.
We arived in kl on 27, at 2am.
then,
tengah hari on that 27,
ape lagi.
shopping time!!
ta la shoping mane pon.
pergi jalan tar. cari somtink for our bussiness.
sehari suntuk kat sana.
yeah!
sangat penat.
 puasa,pusing cari barang, bawak barang dengan orang yg sangat ramai.
sebelah malam, suppose we're goin out, p bukit ampang,
but then ada probs yg ta dapat di elak, we're just stay at home. jadi budak baik for a mean while. hehe
thanx god ada mcd. hee :P
the pic on that day ;



28 August.
we are goin to times square and mid valley.
berbuka at the spagethi farm.
amny really wanna eat pizza. but then, of course its not available lagi kalau dah pukul 6.
so, the spagethi farm pon, the spagethi farm lah.
then, we hang out till nite.
sumpah penat!
tp i think dat nite was awsome!
ak tataw lah bile mase mereka curi curi p beli hadiah ak,
but then they manage to suprise me at i-city!!
thnc guys. love u soo much. dat was sweet oke. sayang korang to the max! :D
*pandai la ta jumpe la bagai kan. siap kat bukit lah, bukit curam. na wat suprise rupenye. hee. thnx guyys :)
pic at mid ;

pic of i-city
awsome place! lot of lights. tp kinda membazir lah kott. hee

cakes for my bufday!! cute huh? yes it is. hee :)

this is a gift from them. her name is miss poodoo. haha! cute giler weyh.
This is gift from amny. thnx syyg. i dunno when to eat dat 'i love u' candy. haha. love u too :D
 
keghairahan melihat kek. haha!

p/s : hurmm. ni saja keluhan rasa. im a bitt dissapointed and maybe sadd. some people that i consider them as vvip in my life doesnt call me. or texting me to wish mu burfday. bukanlah berharap. tapi.. yaa. i think both of them are someone important people in my lifee. but yett, its oke. i think, they might forgot cause they have another thing to settle down aite? might bee.
around 2 am, we're goin out from dat city of lights.
makan time. pe lagi mamak lah.
before dat, p round shah alam. tengok rumah amny. yeah! she's not allowed us to make a noise. wanna nie why? haha! its secret.
after dat, i thot we're goin back home. but then, alya wanna back ikot jalan dy.
soo, we just follow. tapi, baik baik 45 mints dari shah alam ke ampang, jadi 2 hours. haha.
great alya. u brought us round kl pagi2 buta kann. hehe.
after that,
pegi melawat bukit ampang. at 6.45am. haha!
sangat sejuk.
alya teringin kesana.
nice view aite. can see da whole kl.
we're goin back at 8am. great!
after dat?? zzzzzz. hee:P
29 August.
There's not much activities that we doin.
alya and ziera have to go back.
lya ada test on monday. and ziera ta saba na balik perak.
soo, on that day we just stayin at home. take a rest and doin some assignment. baik kann? haha.
30 August.
its a bit dull. ta ramai dah yg tgl di key ell.
ak, amny, hieda.
bored a bitt.
but!
we decide to go to jalan tar again.
ada lagi yg ta cukop for our bussiness.
again! penat. haha.
then,
we're goin to pavi.
before that, we breaking our fast at pizza hut.
hah!
this is the worst part. maybee.
so, for u guys at home which havent take ur sahor meal, please take it now (unless u read this blog in a day lah kann)
na dijadikan cerita, si amny nih, ta makan sahor, then she eat pizza hut with a lott and a bunch of cheese.
yahh! sangat berselera tgok dy makan.
after dat, she's happy with this pizza.
kami tengok cerita dekat pavi.
grown ups- 8.45 pm.
step up 3 with 3D - 1.15 am
great aite.
tapi, belum sempat habis grown ups, dy da na muntah.
habis semua pizza.
pity her.
she cant watch that step up.
padahal dah lama plan na tgok cite tu.
infact 2 months ago.
len kali ye syyg.
after dat, kami balik. aint go anywhere. amny ta sehat.
P/S ; happy merdeka day guyss!
31 August.
We goin back to pahang.
me with amny.
Alhamdulilah shes gettin better.
sampai ump,
ta ckap bnyak,
teros bukak kiosk.
kinda penat.
tapi, bussiness punye pasal,
tade hal lah.
lagi pon dah tade klas. hee :)

soo. its a great time and i enjoyed to be with u guys! thnx a lott. luv u. muaahx! XOXOX

Posted on by Ami Mia | 8 comments

What a Day !

24 Ogos 2010.

arrrrrgggghhhhhh!!!!
tension + penat + ngantuk ta cukup tidor
undescriable!
ak tataw macam mana lagi na ckap.
hanya Allah yang tahu perasaan aku sekarang.
apa yang aku rasa,
ak na balik JB!!!!
satu satu perkara jadi dekat aku hari ni.
mula dengan kuiz finance.
sangat susah!!
gosh.
ak tataw pe yg ak jawab.
padahal beriya study sampai ta ckop tidoo.

lepas tu,
keluar kuantan.
amni buat muka dengan aku.
tataw apa puncanya.
penat? sakit? atau sebab ak terlambat keluar kelas td?
ntah..
ak sendiri ta tahu.
tapi yg pastinya, kami diam dalam kereta.
sampai lah balik UMP.
aku agak kecewa sebab aku jenis suka bercakap,
banyak benda na cerita, tapi dah dy diam, ak pon diam lah.

Dah sampai Maidin,
masalah lain pulak.
yang ini,
memang ak tataw na ckap ape.
ak rasa puasa ak hari ni mmg sia sia.
berbakul makian ak campak kat driver driver yang boleh dikategorikan kurang ajar tu.
kisahnya,
ak tunggu bagai na rak dekat depan Maidin.
hampir setengah jam.
na tunggu parking kereta terdekat.
senang na angkat stok.
tapi,
tiba tiba datang kereta kancil silver yg satu ni,
bernombor flat,
CBE 7321.
Astaghfirullahalazim..
ak rasa bini dy kat sebelah dah nampak ak.
tapi,
tup tup, laki dy main masuk jaa kat parking tu.
dah la tu,
ak punya la hon bagi dy jangan masuk.
bukan ak  ta bagi signal.
p/s ; 'pak cik. terima kasih sebab pak cik dah bagi saya mencarut berbakul bakul hari ni'
dengan cuaca panas, tade air cond kat  kereta ak,
Ya Allah. sangat sangat dugaan.
aku tunggu lagi.
ada laa satu Nissan ni na keluar.
ak pon bagi signal.
tup tup!
kereta kancil lagi masuk.
bernombor flat
WGJ 1545.
yang ni lagi kurang ajar.
Aku dah hon.
siap dah jalan na masuk parking,
dy datang dari belakang,
terus masok parking.
nasib baik ta berlanggar.
p/s ; 'terima kasih jugak kat pak cik sebab bagi saya maki berbakul bakul. tp pak cik punya, lagi banyak daripada pak cik yg satu td.' =.=""
Masyaalah.
Dah la dua dua tu orang melayu, beragama Islam.
Memang dugaan dibulan puasa.
Last skali,
amni ambil keputusan untuk turun sorang diri.
beli apa yang patot.
dy suroh ak berhenti kat belakang  deretan motorsikal.
ak pon rasa oke jee berenti kat situ.
bukan lama mana pon dy na beli barang.
ta smpai 5 minit,
ada la sorang polis ni datang.
Aku dah tahu dy na tanya pasal apa.
mesti na marah aku letak kereta kat tepi deretan tu.
tapi ak rilex. sebab, ak admit memang aku salah.
tapi tade masalah ak rasa kalau na park setakat 5 minit.
bukan ak tade dalam kereta tu.
dan, ak paling benci orang yang tade budi bahasa.
Ya Allah.
Mak hang ta ajaq kaa na berbudi bahasa dengan orang cam mana.
polis : "awak daripada mana ni?"
aku : "assalamualaikum. saya pelajar UMP. saya tunggu kawan saya sekejap je ni"
polis : *tanpa menjawab salam dan muke berlagaknya serta cermin mata tahun 1996.. "kat mane awak belajar parking kat sini? 5 minit awak ta gerak, saya ta ckap banyak keluarkan saman"
Ya Allah,
susah sangat ke na cakap elok elok.
macam ni ke en.polis mencerminkan attitude dan slogan yg pihak polis Malaysia war war kan
iaitu, MESRA, cekap, dan beramanah.
cekap dan beramanah ak ta mahu sentuh.
tapi mana mesra  yang sepatutnya ada??
ak rasa 'mesra' tersebut merangkumi berbudi bahasa dan sebagainya.
Tanpa cakap banyak,
ak hanya terus memandu dan beredar dari situ.
malas mahu bertegang urat.
malas mahu memaki hamun.
cukuplah dengan dua pak cik kancil tadi.

sampai di bilik,
ak rasa amat lega.
Alhamdulilah.
kami selamat smpai ke UMP.
ak dapat mengharungi hari ini.
setakat ini.
ak solat zohor,
dan bersiap untuk tidur sebentar sebelum kekelas BI.
ku sangka panas sampai kepetang,
rupanya hujan ditengah hari.
Ta sempat ak habis lipat telekung,
ak dapat satu panggilan.
ak lihat skrin,
09-54......
ahh!
nombor pahang.
ak sudah agak.
nombor daripada UMP.
ak angkat.
suara dihujung talian kedengaran tegas.
aku sudah mula berdebar.
badan masih penat.
sangat !
"Assalamualaikum. Nur Amirah ke ni?"
aku : "ye saya. boleh saya tahu siapa ni?"
"awak dekat mana sekarang?"
aku : " saya dekat bilik saya"
"bilik awak dekat mana?"
aku : "bilik saya dekat kk3, c3"
"awak duduk dekat asrama?? bukan duduk luar ke?"
*perlu ke dy tanya soalan tu =.-
aku : "ye saya"
"datang jumpa saya ya. sekarang"
aku : "baiklah."
aku letak call.
hati dah mula ta keruan.
teha cube menenangkan.
tapi,
aku tahu naluri aku.
ak menyarung kemeja dan slack.
kasut wajib! kad matrik ta aku lupa.
na jumpa orang atasan.
aku selalu mendengar tentang orang ini.
cerita itu dan ini.
tapi aku tidak percaya.
aku masih beranggapan yang dia baik.
tidak begitu.
sampailah hari ini, tarikh ini dan masa ini (3pm),
aku bersumpah dan aku berjanji pada diri aku sendri,
tidak akan, dan tidak pernah akan ada rasa hormat pada diri manusia yang seorang ini.
TIDAK AKAN!!
aku masuk kepejabatnya.
sesopan yang mungkin.
itu yang telah di didik ayah dan ibu.
salam ak beri.
ak masuk kepejabatnya.
belum aku duduk,
"awak tahu apa kesalahan yg awak dah buat?"
gosh!
can u just give me a moment.
im rushing from the third floor to ur room. tq!
rupanya dia na marah sebab ak parking kereta dalam kawasan kk3.
oke,
itu kesalah aku. ak faham.
berkali kali aku mintak maaf.
aku parking hanya untuk letak barang aku dalam kiosk.
tapi mungkin nasib ak ta baik.
dia keluarkan saman merah.
kompaun!!
RM50.
oke.
ak ta ckap banyak.
puasa.
ak ta faham macam mana dy boleh tergamak saman student bulan puasa ni.
rilex jee muka.
ta bersalah pon.
lepas tu, dia tanya,
"awak menjual dekat mana?"
aku : "bawah kediaman kk3"
"ade lesen ke?"
aku : "ade. JHEPA dah bagi"
lepas tu, ak tanya dy,
'boleh ke student menjual dekat bawah kk3 tanpa kebenaran?" 
ak rasa nada ak dah cukup lembut,
ayat aku dah cukup tersusun.
jawapan dy : "awak siapa na tanya saya soalan tu? kalau diorang meniaga dekat bawah pon, saya yang akan marah. kenapa awak na sibuk sibuk pulak"
Astagfirullahalazim.
dussh!!
macam kene hempap batu aku rasa dengan jawapan dy tu.
aku pon ckap, "maaf lah. saya hanya bertanya"
jawapan dy : "kalau bukan hal awak, jangan sibuk!"
muke dy, hanya Allah yg tahu.
sombong!!
aku menarik nafas.
beristighfar aku berkali.
ak rasa istighfar ak boleh dy dengari.
agak kuat.
lepas tu aku senyum.
ada lagi beberapa dialog yg ak ta mahu tulis.
cair taik telinga kalau dengar cara dy cakap.
masa tu dalam hati aku hanya teringatkan ibu dan ayah.
entah kenapa.
aku sendiri tak tahu.
balik daripada pejabat manusia yg seorang ni,
ak terserempak dengan pak guard.
ak  dah mula berdebar.
entah apa pulak na jadi.
aku turunkan cermin tingkap.
"awak berhenti depan sana sekejap. saya na jumpe"
duuummmmmm!!!
bergegar kepala otak ak.
ta habis lagi dengan manusia yg seorang td,
pak guard pulak na jumpa.
oke. fine! aku famous ari ni. =.=""
rupanya pak guard na tanya pasal kereta. nasib baik.
ffuuuuh~
ak dah cuak.

balik,
aku terus text teha,
suruh turun bawah kejap.
kesian minah tu.
kene turun.
last last, aku ajak naik semula.
ak menangis.
first time dalam sejarah.
ta tahan sangat!!!
dengan amni, orang sekililing, manusia seorang, macam macam sgt berlaku.
dan,
ak rindu ibu!!!
sangat sangat.
mungkin orang akan kata aku manja.
terserah laa. yg penting ak rindukan ZALILAH BINTI MASRI.
dah hampir 2 bulan ak ta balik.
*bukan lama pon sebenarnya.
tapi dengan keadaan sekarang, aku hanya mahukan ibu.
dats it!
ak na kol ibu, tapi ak tahu. aku hanya akan menangis.
soo, pada fatehah nuraini,
tahnia sebab hang sorang jaa penah nampak ak nanges.
hee :PP

*Aku harap, hari esok akan menjadi lebih baik*



Posted on by Ami Mia | 10 comments

An Experience of Bussiness

 *sigh*
belum apa apa dah mengeluh. hehe :P
tp,
currently and recently im am totally tired.
jadual hidup sekarang dah bertambah. bukan sikit, tapi bnyak.
mulanya dengan angan angan, sekarang menjadi kenyataan.
KIOSK !
mungkin ada yang tak tahu macam mana rupa kiosk tu,
mungkin jugak ada yang ta tahu apa tu kiosk.
lebih kurang macam ni lah rupanya.
post akan datang aku akan uplaod kiosk aku sendiri.
na hias cantik cantik dulu. hehe XD

menda ni lah dulu jadi impian aku.
bukan lah impian yang macam mana.
impian untuk mula berniaga.
i wanna make a first step in bussiness world.
minat dan pengaruh ayah manjadi faktor.
Nabi Muhammad S.A.W pun penah bersabda,
bahawa perniagaan adalah 9/10 daripada punca pendapatan.
Itu yang pasti.
Yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T

Masuk minggu ni,
sudah hampir 2 minggu ak bukak kiosk ak sendiri.
banyak juga perkara baru yang ak pelajari.
aku semakin memahami dan mahir kehendak dan kemahuan pelanggan.
sudah mampu mengecam setiap wajah pelanggan dan apa yang mereka mahukan.
Ada yang mahu mencari susu coklat setiap hari,
ada yang mahu roti coklat,
ada yang mahu keropok Twisties,
dan, ada juga yang datang sekadar untuk,
"akak, saya na tukar duit lah. na beli kat tempat yang tu"
eerrkk, maaf adik. akak ta buat money exchange kat sini.
hehe XD
begitulah sikap pelanggan.

dan yang paling penting,
sekarang ak banyak belajar tentang perangai manusia.
pelbagai ragam dan gaya semuanya.
ada diantara manusia manusia yang banyak membantu dan memberikan sokongan moral
"ami, hang jual lah ini dan itu"
"ami, ko bole buat macam macam taw kat gerai kau ni"
"ami, kalau hang na pape, btw ak. ak bole tlg cari tempat yg ada harga murah"
"ami, hang niaga betol betol taw"
dan macam macam lagi sokongan daripada manusia yang baik hati.
ak bersyukur sbb masih ada manusia yang berperangai macam tu.
kepada para sahabat sahabat ak, yang selalu memberi sokongan moral,
thnx a lot!! love u guys.
tapi !!!
ada juga manusia yang tidak senang dengan kehadiran kami dekat kiosk tu.
yang mungkin iri atau tidak mahu kami juga berniaga disitu.
tidak suka atas sebab apa,
tidak dapat dikenal pasti.
satu ayat yang paling sakit is
"boleh ke untung kalau setakat jual mende ni. nampak macam ta untung jaa"
P/s ; hanya kami yang tahu untung dan rugi perniagaan kami. tp buat setakat ini, alhamdulilah.
bukan tu sahaja,
ada juga yang mengata ngata,
bukan mengata dibelakang, tetapi dihadapan kami.
hampir setiap hari, ada sahaja umpatan yang kami dengar.
warden pon ta senang dengan perniagaan kami.
i just dont understand what make them uncomfortable with us.
seriously i dont get it.
its really kill me.
dan yang paling sedih,
semuanya melayu.
SEMUA!!
sekarang, baru aku faham kenapa melayu tidak boleh maju.
tidak boleh menjadi seperti bangsa lain.

tapi alhamdulilah,
sampai sekarang aku dan amny masih lagi bersabar,
masih mampu berdiri,
walau kami baru dengan dunia perniagaan ni.
Alhamdulilah.
bagi sesiapa yang mengutuk kami,
mengata,
kami ta kesah.
ak yakin dengan setiap apa yang Allah tetukan.
pasti ada hikmah disebaliknya.
dan ak yakin dengan hukum karma alam,
'what goes around, comes around'

p/s ; marilah membeli belah di lot kiosk kami.
di bawah kolej kediaman 3. :D
Posted on by Ami Mia | 6 comments

Alhamdulilah..


alhamdulilah. ak bersyukur kehadrat mu Ya Allah kerana hari ini aku masih dapat bernafas dalam nikmat kasih sayangmu.
ak bersyukur dengan segala apa yang engkau telah berikan kepadaku.
walau kadangkala, apa yang aku perolehi hari ini, tidak sebaik manusia lain, tetapi aku tetap bahagia, ak tetap gembira. mungkin ini yang terbaik untuk manusia yang bernama Nur Amirah Binti Mokhtar.
alhamdulilah..

semalam, aku dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat daripada fakulti mekanikal.
ak tidak tahu pada mulanya sehinggalah seorang sahabat, Aziera Zueraida terbaca artikel yang terpampang didalam Facebook.
Aku tidak mengenali arwah.
langsung tidak.
tetapi, ak tetap berasa pemergiannya.
sedih.
ak terbaca blog yang ditulis arwah tempoh hari selepas dia sembuh daripada kemalangan yang baru menimpanya sebulan sebelum itu.
dia juga pernah bercakap dengan seorang sahabat,
"ak rasa mcm hidup balik lepas excident hari tu"
tetapi, sayangnya,
Allah S.W.T lebih menyayangi arwah apabila arwah kembali kerahmatullah selepas kemalangan semalam.
aku ingin menyedekahkan Al-fatihah kepada arwah Assuandie. semoga roh beliau dicucuri rahmat dari yang maha Esa.

Kadang kala aku terfikir, betapa singkatnya hidup.
kita tidak dapat menyangka akan sesuatu kejadian itu,
bak kata orang tua tua,
"malang tidak berbau"
dan kita juga tidak tahu bila ajal kita akan sampai kelak.
mungkin hari ini, esok mungkin juga tulat.
Hanya yang Esa tahu kesemuanya.
Sebagai manusia, kita hanya mampu untuk terus berdoa dan melakukan sebanyak mana ibadat sementara kita masih mempunyai masa.
bak kata bijak pandai,
"carilah harta, seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi,
dan lakukanlah ibadat seperti kita akan mati pada esok hari"
aku juga manusia,
aku mengingatkan diri sendiri dan juga para pembaca sekalian.
semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat ilahi.
amiin.


Posted on by Ami Mia | 2 comments

kerja kerja kerja !

 wooo !
dah berapa hari ak na update blog.
ta jugak update update.
terlalu sibuk.
sangat !
ni pon curi masa study ntok update blog sekejap. =.=""
life sebagai student dan life sebagai pembuka kiosk kecil kecilan @ peniaga. hehe
baru dua hari ak bukak kiosk.
kecik jaa kiosk tu. klau na compare ngan ina shoppe la.
mcm mcm ade jual.
dari makanan, minumam ke keperluan asas pelajar perempuan.
harga pon berpatutan.
ceewah !
promote lak an.
hehe :PP
jempotlah dtg dan membeli belah kat sana ye. :D
bukan tu sebenarnya yang ak na share.

sekarang,
baru ak paham dan tahu mcm mana susahnye na cari sesen duit.
sangat susah !
terutama bekerja sendiri.
segala untung rugi, kene face.
kene berani na ambil risiko.
kene buat muka tak malu,
kene SABA,
ta bole mengalah.
banyak jugak yang ak belajar walaupun baru 2 hari bukak kiosk tu.
daripada na buat akaun, smpai ke every single detail thing.
tu baru 2 hari. kalau 2 bulan?
lagi macam2 agaknya ak dah belajar. hehe.
dan ak juga dapat rasa kelainan bila kita kerja dengan orang, jadi kuli, dengan kita kerja sendiri.
banyak beza. sbb ak penah kerja dekat gambang water park. hell penat ! haha
kerja dengan orang, dah tentu dapat gaji walau kerja separuh mati.
kerja sendiri tade la separuh mati, suku jaa. hehe. tp penat tang otak lah. na kene pikir mcm mcm.
sekarang baru ak paham mcm mana susahnya ayah na cari duit.
bukan senang.
thnx ayah sbb bg akak duit walau susah na cri duit kan ayah ! :)

ak admit,
sgt penat untuk meniaga dan belaja dalam masa yang sama.
sgt sgt sgt !
kadang kadang ak jadi terlebih emosi.
banyak assignment yang kene buat, kuiz, test, projek luar lah bagai.
na kene pandai bahagi masa.
nasib baik dapat partner yang sentiasa memahami walaupun gelabah.
thnx syyg AMNY SYAIRAH BINTI MOHD ASHARI ! :)




Posted on by Ami Mia | No comments