Welcome me to Blogging!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Akhirnya, dapat jugak aku aktifkan semula blog aku yang dah lama aku tinggalkan ni. Setelah mengharungi gunung dan lautan (lah sangat), akhirnya blog ini kembali dilahirkan. Bak kata mat saleh, buat come back laa kononnya dengan blog ni. 

TAPI! (haa capslock aku bagi pasal nak menunjukkan penekanan ayat) blog aku ni bukan lah best macam blog blogger-blogger terkenal macam FL, Maria Elena, Susu Sejat dan ramai lagi blogger Malaysia lainnya. Blog aku ni hanyalah blog peribadi yang aku gunakan untuk mencatat segala apa yang aku rasa perlu. Aku ni pelupa dan pemalas. Adalah moleknya aku catat je perkara best yang berlaku dalam hidup kat dalam blog. So, let's throw away the pen and paper ebelybodey! 

Jadi, aku harap dengan adanya blog ni dapatlah aku simpan kenangan aku dalam bentuk penulisan. Gituww. Dan InshaaAllah, kalau ada peluang dan kesempatan dan dapat mengatasi rasa kemalasan diri, aku jugak akan post pasal tips-tips travel ke tips diet ke, apa apa laa jenis tips dan pengetahuan. 

Aku harap, semoga blog ni berguna untuk aku pada masa akan datang. Dan InshaaAllah berguna kepada pembaca-pembaca (ada ke pembaca?)

Terima kasih kerana membaca!

Posted on by Ami Mia | No comments