Alhamdulilah..


alhamdulilah. ak bersyukur kehadrat mu Ya Allah kerana hari ini aku masih dapat bernafas dalam nikmat kasih sayangmu.
ak bersyukur dengan segala apa yang engkau telah berikan kepadaku.
walau kadangkala, apa yang aku perolehi hari ini, tidak sebaik manusia lain, tetapi aku tetap bahagia, ak tetap gembira. mungkin ini yang terbaik untuk manusia yang bernama Nur Amirah Binti Mokhtar.
alhamdulilah..

semalam, aku dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat daripada fakulti mekanikal.
ak tidak tahu pada mulanya sehinggalah seorang sahabat, Aziera Zueraida terbaca artikel yang terpampang didalam Facebook.
Aku tidak mengenali arwah.
langsung tidak.
tetapi, ak tetap berasa pemergiannya.
sedih.
ak terbaca blog yang ditulis arwah tempoh hari selepas dia sembuh daripada kemalangan yang baru menimpanya sebulan sebelum itu.
dia juga pernah bercakap dengan seorang sahabat,
"ak rasa mcm hidup balik lepas excident hari tu"
tetapi, sayangnya,
Allah S.W.T lebih menyayangi arwah apabila arwah kembali kerahmatullah selepas kemalangan semalam.
aku ingin menyedekahkan Al-fatihah kepada arwah Assuandie. semoga roh beliau dicucuri rahmat dari yang maha Esa.

Kadang kala aku terfikir, betapa singkatnya hidup.
kita tidak dapat menyangka akan sesuatu kejadian itu,
bak kata orang tua tua,
"malang tidak berbau"
dan kita juga tidak tahu bila ajal kita akan sampai kelak.
mungkin hari ini, esok mungkin juga tulat.
Hanya yang Esa tahu kesemuanya.
Sebagai manusia, kita hanya mampu untuk terus berdoa dan melakukan sebanyak mana ibadat sementara kita masih mempunyai masa.
bak kata bijak pandai,
"carilah harta, seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi,
dan lakukanlah ibadat seperti kita akan mati pada esok hari"
aku juga manusia,
aku mengingatkan diri sendiri dan juga para pembaca sekalian.
semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat ilahi.
amiin.


Posted on by Ami Mia | 2 comments

2 comments:

  1. kwn palie eh. ajal maut di tgn tuhan. moga dicucuri rahmat. al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. yup2.
    kawan pali. yaa. ajal maut ditangan tuhan kan. kita hanya mampu berdoa yang terbaik untuk semua.
    al fatihah..

    ReplyDelete