Bank Biji Benih di Norway.

Bank biji benih dunia di Kutub Utara

LONGYEARBYEN, Norway, 26 Feb. – Norway telah melancarkan tempat simpanan kebal atau bank biji benih tanaman dari seluruh dunia dengan kemampuan bertahan daripada sebarang bentuk bencana alam dan serangan nuklear untuk kegunaan manusia pada masa depan.

Tempat simpanan itu yang dikenali sebagai Svalbard Global Seed Vault letaknya jauh ke dalam batu gunung berais kira-kira 1,000 kilometer dari Kutub Utara dan mampu bertahan dalam keadaan beku sehingga 200 tahun sekiranya berlaku senario terburuk pemanasan global ataupun kegagalan mekanikal dalam sistem penyejukan, kata para pegawai.

Pada peringkat awal sebanyak 100 juta biji benih daripada lebih 100 negara dunia telah dihantar ke ke tempat simpanan yang bernilai AS$10 juta (AS$32 juta) yang menyimpan sebanyak 268,000 contoh biji benih, masing-masing dari ladang yang berbeza.

‘‘Kepelbagaian biologi dunia kini diancam oleh bencana alam dan juga dar pada perbuatan manusia,’’ kata Perdana Menteri Norway Jens Stoltenberg pada majlis pelancarannya di sini hari ini.

“Peti simpanan ini merupakan insurans kita terhadap sebarang ancaman perang, bencana alam semula jadi ataupun perubahan cuaca,’’ kata beliau.

Tempat simpanan yang dipanggil peti besi kebal dunia kiamat, terletak di kepulauan Svalbard, di luar bahagian puncak utara Norway menyediakan sokongan kepada bank- bank gen biji benih di seluruh dunia.

Biji benih yang disimpan merupakan tanaman yang menjadi makanan ruji negara-negara di Afrika, Asia seperti beras, jagung, gandum, kacang duduk dan betari sehinggalah tanaman yang hidup di Eropah dan juga di Amerika Utara seperti terung, selada, barli dan kentang.

“Kami akan mempunyai satu koleksi (biji benih) utama di sini, salah sebuah yang terbesar di dunia, pada hari pembukaannya,’’ kata Cary Fowler, Ketua Global Corp Diversity Trust yang membiayai operasi tempat simpanan berkenaan memberitahu Reuters.

(Dipetik Daripada Utusan Malaysia )



Persoalan :


adakah pihak barat telah mengkaji Al-Quran sehingga mereka tahu tentang hari kiamat dan melakukan persediannya keatasnya. mengikut entry sebelum ini iaitu 1/3 sahaja manusia yang akan hidup. Wallahualam.
Posted on by Ami Mia | 2 comments

2 comments:

  1. interested entry.
    rasanya banyak lagi persediaan lain yang mereka sedang lakukan untuk jaminan masa depan =)
    wallahualam.

    ReplyDelete
  2. anynomous :
    yup2. kadang kadang pihak barat (yg bukan islam) lebih mngetahui dan alert tentang benda benda yang macam ni. sedangkan kita sebagai umat islam sendiri ta terfikir na buat persediaan smpai macam ni. walhal kitalah umat yg disuruh untuk mengkaji tentang al-quran dan isi kandungannya. wallahualam :)

    thnx for da comment anynomous.

    ReplyDelete