Cara Memberi Salam Yang Betul

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
 kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) 
 السلاما=keamanan.....
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

 Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.


Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”


 dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,


saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;


WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;          


           “WAALAI KUM SALAM


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata


Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…


Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer


Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.


Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.


Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan              “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.


Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.



Sekian, semoga ada manfaatnya.


Diterima melalui email daripada : Tiey_wawa (idola84_s@yahoo.com)



-----------------------------------------------------------------------


Wahai orang-orang yang beriman!
Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya,
sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya).
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata:
“Kami dengar”, padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya).
Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah,
ialah orang-orang yang pekak lagi bisu,
yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya)



Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya;
sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.(Al-Israa:36)http://www.alquran-melayu.com/?s=al-israa
Posted on by Ami Mia | 2 comments

2 comments:

  1. artikel mnarikkk.....

    thank...

    moga manfaat bersama........

    :D

    ReplyDelete
  2. Assalam ..sekadar bertanya,kenapa dalam salam Assalaa mualaikum sepatutnya laa dibaca 2 harakat bertukar jadi 1 harakat sbb x tahu..Salah sebut klu dalam salam pertama dlm solat bolih jadi solat kita x sah..bolih komen sikit?

    ReplyDelete